Gin Lee
Gin Lee

Gin Lee

Jeanie Lee (Cina: 李幸倪; lahir 26 Ogos 1987) atau lebih dikenali sebagai Gin Lee, ialah seorang penyanyi wanita Malaysia berketurunan Cina yang kini menetap di Hong Kong.[1] Lee memulakan kerjaya nyanyiannya pada tahun 2009 dengan melancarkan album sulungnya ONE & ONLY di Malaysia. Pada tahun 2010, beliau muncul dalam pertandingan nyanyian realiti televisyen Hong Kong The Voice 2 dan mendapat populariti di Hong Kong kerana keupayaan vokalnya.Gin Lee kemudiannya berpindah ke Hong Kong dan membuat penampilan sulung Kantonis pada tahun 2011 di bawah BMA Records dengan EP Here I Come. Beliau mendapat populariti di tanah besar China apabila beliau menyertai pertandingan nyanyian The Voice of China (musim 4) di mana Jay Chou merupakan mentornya. Pada tahun 2016, beliau menandatangani kontrak dengan Universal Music (Hong Kong). Album beliau, beGin (2016) menungguli carta jualan Persatuan Saudagar Rakaman Hong Kong (HKRMA) selama empat minggu dan telah menerima pensijilan platinum oleh Perikatan Industri Rakaman Hong Kong (HKRIA).[2][3] Single daripada beGin mencapai 61 nombor satu dalam carta muzik.[4] Beliau mengeluarkan album konsep rakaman secara langsung Live in the Moment pada September 2017. Album itu menerima kejayaan komersial, mendahului carta jualan HKRMA selama empat minggu berturut-turut dan menerima pensijilan emas dalam masa dua bulan.[5] Sepupu beliau ialah penyanyi Malaysia, Meeia Foo.[6]

Gin Lee

Pekerjaan Penyanyi, penulis lagu, pelakon
Tahun aktif 2009–kini
Instrumen Vokal, piano
Syarikat rakaman Universal Music (Hong Kong) (2014–kini), BMA (2011–2014)
Saudara Meeia Foo (sepupu)
Kelahiran
Jeanie Lee

(1987-08-26) 26 Ogos 1987 (umur 34)
Genre Pop, R&B
Pusat pendidikan International College of Music

Rujukan

WikiPedia: Gin Lee http://hk.on.cc/hk/bkn/cnt/entertainment/20170726/... http://hk.on.cc/hk/bkn/cnt/entertainment/20171108/... http://billboardradio.cn/story/Gin-Lee-Gold-Record... http://yp.scmp.com/entertainment/music/article/107... http://news.seehua.com/?p=175895 http://weibo.com/%7B%7B%7Bid%7D%7D%7D http://yes-news.com/50927/Gin-Lee%E6%9D%8E%E5%B9%B... http://www.sinchew.com.my/node/537098 https://www.singtao.ca/4238099/2020-05-05/news-%E3... https://kknews.cc/entertainment/q4az9b.html